39 tahun dahulu pada hari lahir aku berlaku tragedi di masjid al aqsa

Pada 21 Ogos 1969,seorang Yahudi dari Australia dan doktor perubatan, Denis Michell bertindak ganas dengan memulakan kebakaran di dalam Masjidil Aqsa. Perbuatan si pengganas ini sebenarnya mendapat dorongan dan bantuan daripada Kumpulan Zionis dan kebenaran dari pihak berkuasa penjajah Israel.
Sehari suntuk umat Islam di Palestin berusaha menghalang kemusnahan masjid ke-3 terpenting dalam Islam itu. Usaha itu berjaya akan tetapi menyebabkan kemusnahan dan kehilangan pelbagai artifak dan bahan sejarah Islam. Antaranya Mimbar Salahuddin dan tempat solat Zakaria.
Selain itu, 3 koridor menghala ke Masjidil Aqsa dari selatan ke utara, dinding selatan, karpet dan 48 tingkap masjid turut sama musnah dalam kebakaran tersebut.
Denis Michell kemudiannya ‘ditahan’,sebagai satu daripada babak lakonan tajaan Israel demi menunjukkan bahawa Israel mementingkan keadilan. Ketika dalam tahanan, Denis mengaku bahawa apa yang dia lakukan adalah demi memenuhi kewajipan agamanya.
Penjenayah ini merujuk kepada Zakariya’s Book (Buku Zakariya) untuk mengukuhkan dakwaannya. Malah, si kuffar ini juga mengakui bahawa dia telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pesuruh Tuhan.
Mengejutkan, walaupun Denis mengakui sendiri kesalahannya, beliau akhirnya dibebaskan atas alasan ‘gangguan jiwa’. Situasi ini mengejutkan seluruh dunia.
Mana mungkin seorang doktor perubatan yang taat pada perintah agama gila ? Atau mungkin agama yang dianutinya itu menyebabkan dia menjadi gila ?







.jpg)