Wednesday, 10 September 2008

teka-teki hampeh

himpunan teka teki yang mempunyai tahap merapu yang amat unggul....hehehe...

Kapal Layar belayar dari Utara ke Selatan , asapnya menghala ke mana ?
Kapal Layar tak de asap !

Negeri apa tak cukup 10 ?
Negeri Sembilan

Seorang budak naik basikal sambil satu roda diangkat keatas manakala satu lagi atas jalanraya , tiba-tiba dia terjatuh dia naik apa ?
Naik Malu !

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan sedang belayar di laut, datang seekor burung lalu hinggap di hujung dek kapal tersebut , tiba-tiba kapal itu senget lalu tenggelam , nampak apa ?
Nampak Penipu !

Kenapa kapal laut dan kapal terbang boleh berlanggar ?
Pasal ada dua kalau satu tak mungkin berlanggar !

Semua boleh menguak , lembu apa tak boleh menguak ?
Lembu Bisu !

Dalam banyak-banyak BOM , Bom apa tak boleh meletup ?
Bomba , Bomerang , Kuih Bom

Di manakah letaknya kekuatan Kuala Lumpur?
Huruf “R ” kerana jika R digantikan dengan H akan jadi KUALA LUMPUH !

Kecil di CHINA besar di AFGHANISTAN ?
Huruf “ A ”

1 comment:

Putra Yamada said...

alooo dato' teka teki ang xpower lg..ang ttgk aku punye lak..ekekek